01 Januari 2014

Selamat Tahun Baru: 2014


Semoga kedatangan tahun 2014 ini membawa rahmat kepada kita semua.

05 Disember 2013

Aquaria KLCC

Entah kenapa mood berblog sekarang semakin merundum.  Rasa malas jer nak update.  Nak siapkan entry ni pun akak cekalkan hati jer.  Cheewah.
 
Sempena cuti sekolah ni akak sekeluarga telah berkunjung ke Aquaria.  Sajer jer bawak anak-anak sedara jejalan.  Tiket masuk RM38 untuk dewasa & RM28 untuk kanak-kanak.  Cakap banyak tak guna, jom saksikan gambar yang tak seberapa dibawakan khas oleh Samsung Galaxy Note II akak.
 



Ps:  Gambar 1st tu akak beli RM50 satu set.

31 Oktober 2013

Bedak Thanaka

Bedak thanaka bekas hijau (limau).  Harga RM20.00 termasuk pos bagi 40gm.  Untuk pembelian sila email ke syue1502@gmail.com atau sms/whatsapp di talian 013-3560102.

23 Julai 2013

Selamat Ulang Tahun Dato' Sri Najib!

Buat my big boss, selamat ulang tahun yang ke-60.  Semoga Malaysia terus maju di bawah pimpinan YAB Dato' Sri.

09 Julai 2013

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam tak kira di mana jua anda berada.  Semoga ibadah puasa kita diberkati oleh-Nya...........

01 Julai 2013

Sebulan Berlalu

Sebulan telah pun telah berlalu dari tarikh akhir akak melakarkan coretan di blog ini.  Bulan Jun 2013 merupakan bulan yang penuh cabaran.  Setelah berakhirnya PRU Ke-13 yang lalu, akak takde boss sebab secara automatiknya boss akak telah tamat perkhidmatannya dalam pentadbiran Kerajaan pada 5 Mei 2013.  Yang paling sedih, boss akak telah kalah dalam usaha untuk menjadi Ahli Parlimen.  Hampir 9 tahun akak jadi PA kepada Dato', memang terasa sedih juga atas persaraannya itu.  Tapi hidup mesti diteruskan.  Setelah sebulan hidup dalam teka-teki siapakah pengganti boss akak, akhirnya ada pegawai baru yang offer akak jadi PA.  Masih di jabatan sama, cuma berpindah tingkat sajer.  Skop tugas sedikit berbeza tapi asasnya masih sama.  Selamat tinggal dunia politik....

31 Mei 2013

Jaga Hati

Ini tidak kena-mengena dengan yang hidup atau sudah aruah.  Cuma sekadar peringatan untuk diri sendiri.  Takde manusia atas muka bumi ni yang sempurna sifatnya tapi itu bukan penghalang untuk kita berubah ke arah yang lebih baik........