30 April 2010

Laptop or Netbook?

For the first time I nak beli laptop @ notebook for myself.  Bukan aper, laptop my brother yang biasanya I pakai tu dah nazak.  Screen dia ader problem, lepas tu lembap plak.  Tension bila guna.  So, better I beli barukan???  Memandangkan I nak guna segera, budget untuk belipun ciput jer.  Around RM2,000.  Actually menurut my sister, I ni high taste skit, so, kalau membeli tu nak yang branded jer tapi bila nak beli dan dan tu jugak, terpaksa ler membeli dengan seadanya sahaja.  RM2,000 tu pun sebenarnya duit I simpan untuk beli almari perhiasan & kabinet buku.  Apa boleh buat, beli laptop jer ler dulu.  Perabot beli kemudian.  Tapi semalam otak I berfikir kalau beli dengan kad kredit pun ok jugak.  Dua-dua boleh dapat.  Tapi bila berfikir secara rasional, nanti bertambah-tambah plak hutang.  Ops, dah lari dari tajuk plak ni.
Sebenarnya I tengah berfikir-fikir sama ada nak beli laptop @ netbook.  I ada berkenan dengan netbook Dell & Lenovo.  Sebabnya 2 jenama tu ader color merah.  Hargapun RM1,000 lebih jer.  Tapi my brother plak tak berkenan.  Kata RAM rendah ler etc...  Dok sibuk suggest laptop Compaq. So, apa I nak beli ni  ????

29 April 2010

Secretaries's Week Lucheon Special Exclusively With Agnes Monica

Date:  28 April 2010
Venue:  MATRADE Exhibition & Convention Centre, MECC, Jalan Duta

Semalam I dengan member-member opis pergi tengok Agnes Monica kat MATRADE.  Tak dinafikan Agnes Monica memang cantik, persembahannya memang energetik.  Tapi sayangnya sound system tak berapa bagus.  Bunyi muzik menenggelamkan vokal.  Pemilihan lagu pun kureng skit.  Sepatutnya dia pilih lagu yang lebih mesra pendengar tapi.....  Then, dia nyanyi lagu Matahariku  secara medley jer, itupun aku tak sempat dengar coz pergi ladies jab.  Padahal lagu tu yang ditunggu-tunggu.  Agnes ni kalau bab menjerit no 1.  Lupa plak, hos untuk function ni Dee.  Teruk dia kenakan boss-boss yang ada dengan tarian Jacko.  Yang seronoknya diorang tu sporting, ikut jer....  Persembahan pembukaan oleh Ikhwal.  Aler, anak bekas penyanyi kumpulan Wings yang nyanyi lagu Lena Diulit Intan.  Best jugak dia nyanyi.  Kami pergi dengan 2 kereta.  Baliknya naik Star & ERL.  Apapun terima kasih kepada mereka yang sudi menaja kami.....

27 April 2010

Jejaka Terhangat Di Pasaran

Jejaka bukan sebarang jejaka.  Jejaka umur di awal 40-an tu.  Bertubuh tinggi lampai, ada gaya, mutu & keunggulan.  Memandangkan dirimu begitu berharga, 2 anak dara kemain lagi berebutkan dirimu di Facebook.  Tatkala membaca ayat-ayat perang di dinding Facebook, terasa nak berguling-guling ketawa.  Kalau boss takde dalam bilik memang sah aku ketawa mengilai-gila macam akak ponti...  Tolonglah jangan malukan kaum pompuan.  Korang berdua sedar ler diri tu skit.  Apa ke halnya korang berdua bergaduh berebut laki orang?  Sah-sah si jejaka tu laki orang, dah beranak-pinak pun. Agak-agak ler skit.  Akupun tak tau ler apa perasaan si isteri bila tau ada 2 anak dara bergaduh berebutkan laki dia.  Aku pun baik jugak dengan si jejaka ni tapi takde ler sampai tahap feeling.  Aku ni pun ADT jugak tapi takde ler sampai  macam tu.

Renung-renungkanlah lirik lagu ni:

Tajuk: Terhangat Di Pasaran
Artis: Kru & Adam AF2


Tak cukup bertiga kami berempat pula

makin melonjak hingga saham di kalagan wanita

jika masih ragu 50-50

di penghujung lagu kau bisa terpengaruh

Bilang saja berapa mata yang

memandang mengekori langkahku

Itupun baru sahaja ku acuh lagak gaya

penampilan segakku

Jangan kau buang masa

melayan jejaka sekadar petah bicara

Usah runsingkan fikiran pilihlah aku

saja pakar jurusan wanita

Jangan ketinggalan

Tawaran yang istimewa

Kepuasan dijamin

Seratus peratus buatan Malaysia

Dapatkan segera

Sementara masih ada

Ku jantan rebutan

Yang terhangat di pasaran
Ku bisa kecapi segala mimpimu

Merealisasi semua impian hidup

Ku rasa kau sedar

Ku pilihan nyata

Tak henti-henti panggilan berdering

untuk merebut peluang bertutur

Belum kira barisan yang beratur

hingga ke Singapura menunggu janji temu

Ramai lelaki mengaku ''macho'' tapi

hancur hanya omong kosong

Lainlah aku yang tampan,

susuk tubuh menawan... dapat kau

pasti beruntung

 
Jangan ketinggalan

Tawaran yang istimewa

Kepuasan dijamin

Seratus peratus buatan Malaysia

 
Dapatkan segera

Sementara masih ada

Ku jantan rebutan

Yang terhangat di pasaran

 
Ooh... ooh... ku tak sampai hati

Melihat kau rugi menggigit jari

Kerana jika kau lepaskan peluang berharga

Bagai dijamu pirana aku disambar

 
Ayuh, lekas... lekas... sementara

masih panas

Terimalah diriku gunakan tanpa was-was

Tawaran ditutup bila ku dah dicekup

Pastinya ku calon membuat kau

terpegun... oooh


 
Ku bisa kecapi segala mimpimu

Merealisasi semua impian hidup

Ku rasa kau sedar

Ku pilihan nyata

 
Jangan ketinggalan

Tawaran yang istimewa

Kepuasan dijamin

Seratus peratus buatan Malaysia

 
Dapatkan segera

Sementara masih ada

Ku jantan rebutan

Yang terhangat di pasaran



Anda Telah Disaman

Tak pasal-pasal hari ni aku telah disaman.  Sapa yang saman?  Abang Polis?  Bukan.  Pak Cik JPJ?  Pun bukan jugak.  Rupa-rupanya disaman oleh anak buah sendiri, Nik Nur Azyan Syahirah Azahar aka Ayong.  Baru jer 2 hari lepas bercakap dengan mamanya.  Bulan ni anak dara dia takde hantar message mintak credit lagi.  Macam dengar-dengar ajer, tiba-tiba aku dapat message:  Anda telah disaman RM10 kredit dan perlu dihantar ke nombor berikut, 019-90......  Terima kasih.  Aku aper lagi, buat boo boo layan jer dulu.  2 jam lepas tu dapat lagi message, Mak Su hantar kredit, please hantar lah.  Macam mana nak bagi ke tak ni?

Gorgeous Blogger Award


Ini award ke-2 yang diterima sepanjang menjadi blogger.  Award yang cute sangat ni datangnya dari Puan aka Cikgu Jaja dari http://jajazack.blogspot.com/.  Cikgu Jaja ni kenalan baru di dunia cyber.  Kami saling singgah-menyinggah di blog masing-masing.  Walaupun baru jer kenal tapi rasanya ader keserasian antara kami.  Tak gitu Jaja?  Jawab yer jer Jaja, nanti malu plak saya.  He, he, he........  Sa.......................yang.................  sangat ka Jaja coz sudi bagi award.  Muah, muah.....

26 April 2010

Aku Yang Sengal

Naper yer tiba-tiba hari ni aku boleh jadi sengal?  Sebabnya tak makan kismis.  Hari ni aku lupa lagi.  Ader ke patut aku terbeli novel yang sama.  Tajuknya Sungguh Aku Cinta karya Anis Ayuni.  Actually aku dah beli novel tu 3, 4 bulan lepas.  Kalau difikir-fikir ni semua salah MPH.  Iyer ler, yang dia letak novel ni kat depan tempat novel-novel baru tu saper suruh.  Aku plak nampak je nama Anis Ayuni terus jer ambik.  Sengal & hampagas betul.  Nampaknya novel ni boleh ler diberi hadiah kat saper-saper nanti.

24 April 2010

Hari Yang Meletihkan

Semalam aku tido sejam jer, gara-gara membaca novel.  Mata dah jadi macam zombie.  So, hari ni masa untuk qada tido.  He, he, he...  Kerjanya bangun, tido, bangun, tido jer ler.  Sedar-sedar dah pukul 10 pagi.  Oh tidak, hari ni banyak benda nak buat.  Nak pergi service motor, nak masak, nak pergi rumah my coursin lagi.  Barang-barang mentah dah ler tak kuarkan dari freeze lagi.  Sambil-sambil tu semua alas kaki dalam rumah dimasukkan kat dalam mesin basuh.  Kita membasuh dulu.........  Lepas tu mulalah masak.  Hari ni masak daging masak merah, kerapu masak masam manis, keladi masak asam pedas & sup ikan haruan (yg ni actually nak bagi utk my coursin yang baru bersalin tu tapi I reserve ler jugak 2, 3 ketul).  Next entry nanti aku bagi resepi.  Dalam pukul 1 lebih my brother balik dari sekolah we all makan together-gether.  Padan muka dia, hari Sabtu pun kena gi ngajar.  Ha, ha, ha...  Lepas makan dengan terkocoh-kocohnya gi mandi (patut le perut buncit, lepas makan baru nak mandi).  Siap-siap dah pukul 2 petang.  Lepas tu terus pergi service motor kat jalan menghala ke Bangi tu.  Bengkel ni hari Sabtu pukul 3 dah tutup.  Hari Ahad langsung tak bukak.  Kalau kat KL dulu biasanya aku service motor kat Keramat on Sunday yer.  Dah siap service motor terus aku ke rumah sepupuku kat Presint 15.  Kesian dia, dah dekat pukul 3 lebih baru aku hantar sup ikan.  Baby dia dah kuar wad.  Dekat seminggu jugak baby masuk wad coz lahir pramatang.  Kat hospital aku tak boleh nengok coz dia ditempatkan kat ICU.  Gambar baby next time aku upload coz ambik gambar pakai phone jer.  Kabel phone tu dok kat opis.  Lepak-lepak kat rumah dia sampai pukul 6 petang.  Ingatkan lepas tu nak terus pergi ambik baju kat rumah Mommy di Presint 16 tapi Mommy kuar gi KL plak.  So, aku terus balik ke rumah jer ler.  Fuh penatnya.  Maklum ler pergi ke sana naik motor tengah panas....

23 April 2010

Sepetang di BSN

Hari ni dengan rajinnya sekali lagi aku ke BSN sorang diri untuk membayar duit insurans Takaful my mum.  Maklum ler semalam lupa nak bayar.  Punya ler ramai orang.  Tentunya kaum ibu ler coz kaum bapa pergi sembahyang Jumaat.  Hampir 1/2 jam jugak ler aku menunggu giliran.  Dalam masa menunggu tu kalau nak tau aku boleh tersengguk-sengguk ala-ala berwirid gitu.  Sungguh memalukan.  Punyer ler ngantuk sampaikan duit kat tangan boleh terlepas.  Nasib baik ler cepat sedar.  Kalau tidak, sedekah jer ler...

Ngantuk Giler

Hari ni punyer ler ngantuk.  Kat luar plak hujan, jadi kat dalam opis ni sejuk tahap beku.  Kalau tak kerja, tido kat rumah kan bagus.  Alkisahnya semalam aku tido dalam pukul 8 lebih, pukul 9.30 bangun balik.  Then dok layan tv sambil berinternet.  Sedar-sedar masuk bilik dah pukul 1 lebih.  Baring-baring kejab seblom tutup lampu tangan aku boleh gatal ambik novel kat tepi katil.  Aper lagi aku ni kan hantu novel, kononnya nak baca skit jer tapi sudahnya sampai habis aku baca.  Sedar-sedar dah azan Subuh.  Jadi aku pejam-pejam mata kejab jer.  Kalau tido maunya ader orang tak pergi kerja hari ni.  Mampukah mataku bertahan sampai ke petang nanti dalam keadaan sejuk begini?

22 April 2010

Gaji dah masuk!

During luch hour dengan rajinnya aku berjalan kaki BSN di Bangunan Perbendaharaan 2.  Jauh jugak menapak tu.  Kononnya nak bayar semua bil tapi  terlupa plak pasal duit insurans Takaful my mum.  Nak kena pergi balik esok ler plak gamaknya.  Dah siap-siap bayar bil tu I pun tekan ler duit.  Maklum ler duit yang keluar harus ler diganti.  I tak biasa dalam purse takde duit.  Sekali tengok, gaji dah masuk.  Cepat plak, hari ni baru 22hb.  Kat bank pun lenggang, tak ramai orang.  Walau apapun, alhamdulillah gaji dah masuk...

Mee Goreng Putrajaya


Bagaimana mee ni mendapat namanya?  Sajer jer aku letak....

Bahan
Minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih = diketuk
1/2 bawang Holland = dimayang
2 ketul ayam dihiris halus
4 sudu  cilir kisar
3 sudu cili sos
1 sudu sos tiram
1/2 bungkus mee kuning
Sedikit sayur kangkung
2 biji telur
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa
Sedikit ajinamoto
Sedikit bawang goreng

Cara
Setelah minyak panas, tumiskan bawang putih & bawang Holland sehingga sedikit kekuningan.  Masukkan cili kisar, sos cili & sos tiram.  Masukkan ayam, garam & ajinamoto.  Goreng sehingga ayam masak.  Masukkan mee.  Kacau sehingga sebati.  Then masukkan telur.  Kacau lagi.  Masukkan kangkung & perahan air limau nipis.  Kacau lagi.  Setelah kangkung dah masak, boleh diangkat.  Taburkan bawang goreng di atas mee.  Senang jer kan cara membuatnya.  Hidangan untuk 2 orang.

Sejuknya....


Melalui gambar tu cuba teka aku kat maner?  Kat Europe?  Bukan.  Kat Genting?  Tidak sama sekali.  Aper jawapannya?  Korang ni tak sabar-sabar nak tau.  Gambar tu aku ambik dekat opis.  He, he, he...  Siap berjaket & shawl terlilit kat leher lagi tu.  Nasib baik sarung tangan & stoking takde jer.  Kalau tidak, harus pakai jugak.  Ini bukan gimik yer.  Serius, kat opis aku memang sejuk giler.  Kalau kat luar tu hujan, lagi ler, macam nak beku rasanya.  Dalam entry seblom ni aku dah pernah cakap pasal ni.  Cuba cari.

Penapis Air

Zaman sekarang ni penapis air menjadi satu keperluan untuk seiisi rumah.  Maklum ler bekalan air di rumah kita sekarang agak kotor.  Contohnya kat kawasan saya tinggal ni, Putrajaya.  Masa saya dok kat KL dulu belakang badan saya bersih jer.  Maksudnya takde jerawat @ bintik-bintik gatal.  Bila saya berpindah ke Putrajaya, belakang badan saya habis berbintik-bintik.  Mau taknya, asyik gatal jer.  Bila gatal garu.  Jadi sendiri mau ingat ler aper dah jadi.  Naper jadi macam tu?  Sebabnya air tak bersih.  Kesan kekuningan air pun melekat kat lantai bilik air kalau lambat dibersihkan. 
Cerita pasal penapis air, aku beli penapis air ni pun bulan Ogos tahun lepas.  Jenis Bio Aura dengan harga RM1,500.00.  Aku beli jer tapi duitnya ader orang yang bermurah hati menajanya.  Maklum ler aku asyik dok merungut selalu kena migrain sebab air tak bersih.  Bio Aura menjadi pilihanku coz masa tu iklannya tengah rancak kat tv.  Lepas tu aku tanya member-member, semuanya suggest Bio Aura.  Memang berbaloi guna Bio Aura ni.  Air bersih, nasipun lambat basi bila guna airnya.  So, korang semua pakai penapis air jenis aper yer?

Bio Aura pilihanku

Kotoran yang melekat di filter A

Proses mencuci filter

Filter yang telah siap dicuci

20 April 2010

Penyangkut Tudung

Actually penyangkut tudung ni aku dah beli 2 minggu lepas tapi baru semalam kuarkan dalam plastiknya. Sesuai sangat dibeli bagi pengguna tudung Ariani dan seumpama dengannya. Benda ni aku beli kat Pasar Tani Putrajaya dengan harga RM25.00. Penyangkut tudung ni ada 28 lubang. 1 lubang tu boleh muat 2 atau 3 helai tudung. Jadi cuba ler kira 28 lubang yang ada tu boleh dimuatkan dengan berapa tudung. Sangat berbaloi-baloi untuk membelinya. Tudung pun tak rosak..........

Penyangkut tudung

Penyangkut tudung with tudung


22/4:  Akhirnya berjaya jugak upload gambar.  Buang watermark baru ok.  Entah naper pc jadi sengal...

Anak Buahku Mintak TV....

Demand betul budak-budak zaman sekarang.  Ader ke patut anak buahku yang darjah satu tu mintak belikan tv untuk dia.  Bukan sebarang tv, tv lcd lagi tu.....  Adik Pi, Adik Pi....  Bila ditanya kenapa nak tv boleh plak dijawab sebab kat rumah tak cukup tv.  Tak cukup tv kebenda, kat rumahnya tu dah ader 4 tv!  Entah maner nak letak lagi tu.  Bila dicakap mak ciknya ni takde duit duit nak beli tv, dia kata simpan ler dulu duit.  Bijak, bijak....

Ini ler tv yang diminta, sama seperti kat rumah mak ciknya...

19 April 2010

Nur Aliya Batrisyah

Selamat datang ke dunia buat Nur Aliyah Batrisyah binti Erawansah.  Tahniah buat pasangan Sharifah Zahrah & Erawanshah di atas kelahiran puteri mereka.  Pah selamat melahirkan bayinya setelah Allah SWT menduga beliau dengan 2 kali keguguran di usia kandungan 3 dan 6 bulan.  Semoga kelahiran puteri yang telah lama didambakan ini dapat menyerikan lagi kehidupan mereka.

Lebatnya rambut...

Cold Storage Alamanda

Cashier kat Cold Storage Alamanda ni jenis kureng skit. Kisahnya begini. Semalam aku pergi Alamanda, singgah ler kejab kat Cold Storage, dah dekat pukul 8 malam masa tu. Masa kat kaunter ader sorang mamat ni tengah tunggu nak membayar harga junk food & ikan selar. Then bila scan harga ikan selar tu sangat ler terkejut minah cashier yang bertudung tu bila tengok harganya 2 sen sahaja. Dengan muka tak puas hati di pergi check kat tempat ikan. Memang sah-sah harga ikan tu salah. Ghupa-ghupanya harganya dekat RM3. Then, mamat yang nak beli tu tak jadi nak beli ikan selar tersebut. Lepas mamat tu blah boleh cashier tu mengutuk kaw-kaw mamat tu dengan rakan sejawat dia. Aper punyer perangai. Mamat tu tak jadi beli dia cakap elok-elok. Lagipun saper salah letak harga? Kau kena ingat, customer is always right. Tak payah ler nak cakap orang tu kedekut ler, berkira ler. Kau tu cakap belakang, cuba cakap kat depan mamat tu.... Aku bukan nak sokong mamat tu tapi cashier tu perangai tak elok sungguh. Seblom ni aku pun terkena. Bila kita bayar harga barang, dia boleh buat muka mencuka. Hello, saya bayar tau barang yang saya pilih, bukan ambik free. Saya bayar pakai duit tau, bukannya pakai daun kayu. Pihak pengurusan Cold Storage Alamanda tolong ambik note skit yer. Ajar skit cashier-cashier anda tentang adab sopan & tata susila melayan pelanggan. Lama-lama nanti maunya pelanggan lari.............

18 April 2010

Aktiviti Di Hujung Minggu

Biasanya aper yang korang buat di hujung minggu yer? Bagi aku, macam biasa ler dok lepak kat rumah.  Lepak sambil buat kerja rumah, tengok tv & layan FB & blogging.  Kalau ader hal baru kuar.  Semalam waktu tengah hari aku pergi melawat coursin aku yang baru bersalin kat Hospital Putrajaya.  Actually ini lawatan susulan coz on Thursday aku dah pergi melawat.  Sambil-sambil tu hantar makan sekali kat dia.  Menunya sup ikan haruan & ikan harun bakar.  First time buat menu tu.  Seblom ni aku tak pernah masak ikan haruan.  Coursin aku tu bersalin ikut tingkap, so sesuai sangat ler menu yang aku masak tu.

Hari ni aku sibuk dok melipat kain.  Kain dah bertimbun-timbun tak dilipat.  Bab melipat kain ni aku kurang gemar skit.  Seminggu sekali jer aku melipat kain.  Seblom kain baju dalam almari tu dah habis kena ler aku melipat kain yang kat dalam bakul.  Lepas tu aku dok layan tengok movie kat Astro.  Lepas satu cerita, satu cerita.  Masakpun dah lewat.  Pukul 1 lebih baru nak masak.  Menu hari ni ikan patin masak asam pedas, ayam goreng & ikan kerapu masam manis.  Lepas makan layan internet sambil tengok tv.  Dalam pukul 6 pm, aku kuar gi Alamanda.  Beli barang-barang skit.  Yang pentingnya beli stok air untuk seminggu.  Balik baca novel.  Then pukul 11 lebih baru layan internet balik.  Itu ler aktivitiku di hujung minggu.

 Layan Farmville

Kain yang telah siap dilipat

Bekalan air untuk seminggu

Achik Spin Meninggal Dunia

Ketika aku singgah ke blog Ben Ashaari & Mat Gebu terdapat entry yang mengatakan Achik Spin telah meninggal dunia.  Untuk mengesahkan berita ni aku melayari Metro Online & Kosmo Online tetapi masih blom ader berita berkenaan.  Akhirnya bila melayari Berita Harian Online baru ler sahih Achik memang dah meninggal dalam kemalangan di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.  Achik maut apabila kereta Toyota Estima yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar.  Berita lanjut boleh ler dilihat melalui:


Untuk makluman, Achik baru jer berusia 28 tahun.  Achik merupakan artis yang berimej bersih dan tidak terlibat dengan sebarang konroversi.  Takziah buat keluarga beliau.  Tentunya ini merupakan tamparan hebat buat isteri arwah kerana 3 tahun lepas beliau juga kehilangan anak sulungnya, Puteri Rania ketika berusia dua bulan disebabkan masalah usus dalam perut.  Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  Al-.fatihah....

Sedikit peringatan buat kita semua.  Mati itu satu perkara yang pasti cuma cara kematian tu biarlah dengan cara yang baik.  Maksudnya biarlah mati dengan tenang tanpa mengalami sebarang azab.  Oleh itu, berhati-hatilah semasa memandu kerana kemalangan jalan raya banyak menyumbang kepada kadar kematian di negara ini.  Pandu cermat jiwa selamat.  Ingatlah kepada orang tersayang....


17 April 2010

Hari Nak Hujan!

Ani, angkat kain di jemuran, hari dah nak hujan....  Masih tergiang-giang di telinga salah satu dialog yang cukup famous dalam filem Allahyarham P Ramlee.  Begitu ler keadaan aku petang ni.  Kelam kabut mengangkat kain di jemuran setelah di langit kelihatan gelap & guruh mula kedengaran.  Namun, langit masih lagi bertahan, masih malu-malu, masih menahan air mata dari keluar.  Saat-saat ku tertanya-tanya, bila hujan nak turun, benakku kemudiannya mula berfikir........

BESTNYA KALAU TIDUR......

Gelapnya langit

Zoom skit...

Zoom lagi...

16 April 2010

Anak sepupuku bertambah lagi

Semalam sepupuku Tuan Azlina Tuan Ismail aka Kulina aka Na telah selamat melahirkan cahayamata lelaki melalui pembedahan setelah mengalami komplikasi.  Actually sangat terkejut mendengar perkhabaran itu.  Tambah-tambah lagi bila Kuja (Abg kpd Na) petang semalam telefon mengatakan uri Na pecah.  Cuba bayangkan, uri dalam perut tu pecah, maner tak cemas orang mendengarnya.  Kisah sebenarnya sewaktu di pejabat semalam Na bleeding.  So, bila ke hospital didianogsis uri lekat di dinding rahim.  Agak berbahaya jugak kerana Doktor mengatakan mungkin rahimnya terpaksa dibuang.  Alhamdulillah pembedahannya berjaya & rahim terselamat.  Namun baby terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi.  For sure kena pakai salur oksigen & dok dalam inkubator.  Kesian baby.  Kena tunggu 24 jam baru tau keadaan sebenar.  Semoga baby selamat.

Akhirnya

Akhirnya Borang Opsyen Pertukaran Pelantikan Ke Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat dapat jugak.  Tak sabar-sabar nak sign ni.  Baru ler ader semangat skit nak kerja.  Maklum ler rakan-rakan sejawatku di Kementerian lain hampir semuanya dah sign.  Itu yang tertanya-tanya, bila le nak sign opsyen ni.  Sepatutnya opsyen tu berkuatkuasa 1 Januari 2010.  Takper ler, penyelarasan gaji nanti dapat ler back dated.  Banyak jugak amaunnya tu.  Boleh ler kita SHOPPING...

15 April 2010

Setiap hari rakyat Malaysia kahwin wanita Indonesia di Sumatera

2010/04/15 MEDAN: Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan. Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali, memberitahu Bernama bahawa pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan. "Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.
Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri asal masing-masing, kata Ismail.

Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera.

Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka.

Ismail berkata pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SetiapharirakyatMalaysiakahwinwanitaIndonesiadiSumatera/Article

Aper sudah jadi?  Dah ler di di Malaysia ni bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki, lelaki yang ada pergi kahwin plak dengan rakyat asing.  Aper lebihnya mereka berbanding dengan rakyat tempatan yer?  Dari segi layanan ke atau dari segi rupanya?????  Melihatkan senario yang berlaku sekarang ni, tak heran ler ramai perempuan yang masih blom berkahwin kat negara kita ni.  Ini jugak termasuk ler.........................


AKU!!!!!


Rupa-rupanya tanpa disedari ku sudah layak memegang title ADT.

14 April 2010

Aper Cita-Cita Anda?

Semasa zaman sekolah seringkali kita ditanya, aper cita-cita anda?  Maka terkuar ler macam-macam jawapan.  Saya nak jadi pilot, saya nak jadi cikgu, saya nak jadi  akauntan etc.  Di zaman saya dulu takde orang yang jawab dia nak jadi artis.  Saya percaya zaman sekarang mesti ramai yang cakap nak jadi artis.  Maklum ler jadi artis ni masyukkkk berbanding dengan kerja-kerja lain.  Mak bapak pun siap sokong anak diorang jadi artis.  Kalau tak, takkan ler ader kelulusan tinggipun berminat nak jadi artis.  Stop cerita pasal orang lain sekarang ni aku cerita pasal diri sendiri plak. 
Masa sekolah dulu antara cita-citaku ialah nak jadi akauntan.  Sebabnya boleh kira duit.  I like it.  Lepas tu nak jadi reporter, boleh kenal ramai orang.  Lepas tu nak jadi pustakawan plak sebab minat sangat baca buku cerita.  Kalau boleh nak rumah dalam library.  Punyer ler angau.  Kemudian nak jadi dj, maklum ler perasan suara awak tu sedap...  Konon-kononnya ler.    Aku pernah jadi cikgu sandaran.  Tak minat ler jadi cikgu, tak sesuai dengan jiwa.  Padahal Arwah Ayah memang suka sangat aku jadi cikgu.  Cukup ler hanya kakakku jadi pensyarah & adik serta abang iparku jadi cikgu.  Pernah masuk nursing college.  Sebulan kemudian aku berhenti, tak sesuai dengan jiwa jugak.  Akhirnya aper jadi?  Aku kerja sebagai PA di sektor kerajaan.  Boleh ler secukup makan.  Walaupun pada mulanya masa belajar kat UiTM dulu aku macam berbelah nak teruskan Course Secretarial Science ni tapi alhamdulillah aku berjaya jugak jadi PA.  Dalam pada tu ader hati nak jadi novelis lagi.  Malangnya aku bukannya rajin nak kuarkan idea nak menulis.  Harap-harap satu hari nanti aku akan dapat menerbitkan novel sendiri.  Asyik dok baca orang tulis jer mana acikan...

Honda C70

Masih ramai lagi ke yang ader motor ni?  Setau aku motor ni dah berpuluh-puluh tahun dalam pasaran.  Kiranya motor ni dah kategori otai.  Adik skit je dari motor Honda C50 tu.  Aku kuarkan entry berkenaan motor ni untuk mengimbau kembali nostagia zaman budak-budak dulu.  Motor ni cukup popular di kalangan orang kampung.  Macam-macam fungsinya, dari untuk bersiar-siar sampai ler untuk memunggah getah keping.  Korang nak tau, kat area tempat aku tinggal sekarang ni, di Putrajaya masih ader yang pakai motor ni.  Tak cayer?  Ini ler buktinya:

pandangan sisi

pandangan depan

13 April 2010

Bila Nafsu Menguasai Fikiran

Bila nafsu dah menguasai fikiran, macam-macam benda boleh jadi.  Tak kira tua, muda atau remaja semuanya sama jer.  Kanak-kanak tak payah cerita ler, memang fikirannya cetek sedikit.  Terfikir jugak di benak ni, mereka tak fikir ke akibat yang akan ditanggung ekoran nafsu tu.  Beberapa kejadian yang berlaku sekarang betul-betul menakutkan aku.  Ekoran terlampau mengikut nafsu, seorang suami sanggup menyimbah asid ke atas isterinya.  Aper akibatnya?  Didapati bersalah & dikenakan hukuman penjara serta sebat.  Ekoran mengikut nafsu, seorag gadis sanggup lari dari rumah untuk berkahwin dengan teman lelakinya walaupun masih di bawah umur.  Akibatnya, hati seorang ibu hancur & teman lelakinya telah ditahan polis.  Banyak sangat kejadian yang berlaku untuk diceritakan.  Sama-sama ler kita mengambil dari kejadian-kejadian tersebut.  Semoga benda ini tidak terjadi ke atas diri kita & keluarga....

Mari Membeli Watermark

Saper-saper yang nak membeli watermark boleh ler jenguk blog ni:  http://eybizzonline.blogspot.com/.  Harganya berpatutan, serendah RM5.00, design pun dah sedia ader. Ok ler tu.  Bukan senang nak buat watermark tau.  Kena ader kreativiti.  Jadi, tak payah ler susah-susah kita nak fikir macam mana nak buat watermark tu, beli jer kat blog ni. 

Ini watermark saya yang punyer...
yang color putih ni  tokei kedai kasi free

Pak Cik Yang Kurang Ajar!

Tengah hari tadi aku menemankan Ana ke Maybank dekat PJH Holding tu.  Tau tak aper jadi masa kami nak parking kereta?  Ada sorang pak cik tu kurang ajar sangat rebut tempat parking dengan kitaorang.  Punyer ler lama kami tunggu akak yang bawak van kuar dari tempat parking, boleh tiba-tiba pak cik tu memecut kereta, memotong kereta kami, terus masuk kat parking tu.  Ana hon pun dia buat tak reti jer.  Sanggup dia tutup semua tingkap dok diam-diam dalam kereta.  Bila kami pandang & bagi jelingan maut kat dia, boleh plak dia buat bodoh, tundukkan kepala.  Dasar orang buat salah.  Nasib baik kat depan tu ader kereta lain nak kuar.  Kalau tak maunya terbakar hati ni nak menunggu dalam cuaca panas.  Pak Cik, kami ni bukannya nak marah sangat tapi biar ler ada budi bahasa.  Sekurang-kurangnya angkat ler tangan tanda mintak maaf.  Ini tidak buat bodoh jer.  Saper yang tak panas hati.  Awak tu dah tua, umurpun dalam lingkungan 50-an, sepatutnya tunjukkan tauladan yang baik.  Ini tidak...

Ini ler kereta pak cik tu, no cover skit dengan watermark, kang nanti ader plak mereka & keluarga mereka yang malu dengan perangai pak cik ni....

Geng Blogger

Hari ni dengan jayanya aku mendaftar sebagai Geng Blogger setelah beberapa kali mencuba.  Puas ler aku cari mana tempat untuk register ni.  Ghupa-ghupanya kena online Facebook.  Itupun setelah ku selongkar blog Ben Ashaari baru ler faham cara nak register tu.  Terima kasih kepada ahli-ahli Geng Blogger yang mengalu-alukan kedatanganku di sana.

Ade aper di peti surat?

Ader aper di peti surat?  Tentu ler ader surat.  Lagi mau tanya ke????  Ader benda lain jugak ler.  Aper dia?  Lembaran iklan ler.  Dah jadi habit aku setiap hari check peti surat seblom naik lif.  Kononnya macam hari-hari ader orang hantar surat kat kita ni.  Sekali tengok penuh dengan lembaran iklan CIMB Bank.  Kot yer pun agak-agak ler, letak 1 kat peti surat tu pun cukup ler.  Itupun blom tentu aku nak baca.  Lembaran-lembaran iklan ni ler yang mengotorkan kawasan rumah kami.  Penghuni-penghuni kat sini main campak jer lembaran-lembaran iklan ni kat lantai bila ader kat peti surat diorang.  Bukannya reti nak ambik buang kat dalam tong sampah kat rumah tu.  Maklum ler lembaran iklan tu BERAT SANGAT MACAM BAWAK TONG GAS YANG PENUH BERISI...

iklan disusun kat rumah seblom dibuang ke dalam tong sampah

kat tempat letak kasut, ruangan antara grill & pintupun diaorang letak jugak..

Aku yang tak makan kismis

Naper cakap aku tak makan kismis?  Sebabnya hari ni aku lupa nak bawah spek.  Lupa sangat-sangat.  Biasa spek letak dalam handbag tapi balik kerja semalam letak dalam paper bag plak.  Hari ni datang opis melenggang kangkung jer.  Actually aku ni baru didianogsis rabun jauh dalam bulan 8 tahun lepas.  Kalau bukan sebab migrain memang aku tak tau aku ni rabun.  Tahun lepas memang aku kerap kena migrain sampai satu tahap kena inject untuk hilangkan kesakitan.  Lama-lama Dr pun suggest aku pergi check mata.  Ambik kau, ghupa-ghupanya aku ni rabun jauh.  Patut ler bila berjalan tu aku tak nampak orang yang dikenali....  Walaupun rabun jauh, masa menggunakan pc @ berjalan di waktu panas aku kena pakai spek.  Kalau tidak  memang migrain menyerang ler.  Inipun menaip tengok keyboard jer, tak pandang monitor sangat.  Kalau lecturer aku kat UiTM dulu tau, maunya menjerit.  Menaip tu tengok monitor, jangan tengok keyboard.  Jari tu letak di tempat yang sepatutnya..... 

Moral of the story, lepas ni aku kena makan kismis banyak-banyak untuk menguatkan daya ingatan.

Mewah Tulis Blog

Dalam Harian Metro hari ni ader cerita pasal otai blogger.  Saper lagu kalau bukan Mak Merah aka Red Mummy.  Hasil daripada menulis blog Mak Merah dapat RM10,000 sebulan.  Itu blom masuk lagi menerima RM100,000.00 untuk ulasan iklan.  Ringgit Malaysia tu, bukannya matawang Rupiah. He, he, he...  Maunya tak dapat income banyak camgitu, pengunjung blog Mak Merah ni dah lebih 4 juta orang tau.  Teruja baca berita ni.  Lagi semangat untuk berblog.  Jom kawan-kawan kita sekodeng blog Mak Merah:

Mengapa jalan ini yang kau pilih?

Dari banyak-banyak jalan, mengapa jalan kehancuran yang kau pilih?  Kalau tak kesiankan keluarga, kau tak kesian ke kat diri engkau sendiri?  Semalam semasa berchit chat dengan my friend, terkeluarlah pasal sorang mamat ni.  Actually mamat ni ex-classmate kitaorang masa sekolah rendah dulu.  Kita namakan dia sebagai si A sajer.  Si A masa sekolah rendah dulu ader pakej yang lengkap.  Budak pandai, pengawas sekolah, atlit & glamour.  Kalau tak silap bapanya cikgu.  Naik form 1 dia dapat offer ke sekolah berasrama penuh.  Kira pelajar cemerlang ler ni.  Khabar nya after SPM pun dia dapat masuk IPT.  Lepas tu cerita dia stop kat situ. Then masa gathering sekolah kat De Palma Shah Alam 2, 3 bulan lepas ader member tersebut nama dia tapi tak mau cerita pasal aper.  Aku agak mesti pasal benda tak baik punyer.  Memang betulpun andaian aku tu.  Ghupa-ghupanya ni mamat ni dah jadi penagih tegar ubat batuk.  Benda lebih dari tu wallahuallam....  Macam mana benda tu boleh berlaku aku pun tak tau ler.  Mungkin juga tersalah pilih kawan.  Sebagai manusia biasa aku sebenarnya rasa tertanya-tanya.  Mengapa dia boleh terkhilaf sedangkan mempunyai asas pendidikan yang baik?

12 April 2010

Top 5 Newbie

Walaupun terlewat 2 hari, terima kasih buat Ben yang sudi memasukkan blog ni dalam Bloglist Top 5 Newbie.  Teruja punyer pasal.  Sampai tak ingat nak ucapkan terima kasih.  Dalam 2 hari ni, traffic memang ader peningkatan.  Ini ler penangan dari blog Ben Ashaari.  Terima kasih banyak-banyak kepada beliau.  Jangan lupa usha blog Ben di: 



Aku ke yang banyak karenah?

Aku ni banyak karenah ke?  Rasanya takde ler sangat.  Time-time angin kus-kus datang jer aku berangin skit.  Sebenarnya aku nak cerita skit pasal aircond kat opis ni.  Hari ni sejuk giler, dah sampai tahap nak beku aku kat sini.  Mentang-mentang ler seblom ni aku komplen aircond tak rasa, panas bla, bla, maintenance turunkan suhu kat opis aku plak.  Agak-agak ler skit.  Jangan ler sampai sejuk giler macam ni.  Kalau aku komplen lagi, maunya diorang cakap macam ni plak:  akak, hari tu akak cakap panas.  hari ni sejuk plak.  Akak sebenarnya nak sejuk ke panas ni?  So, malas nak kecoh-kecoh aku bertahan jer ler dulu...

The Cedars Blogger Award

First time selepas melibatkan diri dalam aktiviti blog memblog ni dapat award.  Alhamdulillah, ader juga orang sudi bagi award kat kita.  Award ni dianugerahkan oleh MSR melalui blognya:  http://inblog2share.blogspot.com/.  Terima kasih buat beliau.  Senang-senang nanti usha ler blog beliau...

Salam Takziah

Salam takziah buat Azma (kawan 1 pejabat semasa di MINDEF dulu) & Remy yang kehilangan puteri tercinta pukul 4.30 pagi semalam.  Jenazah arwah disemadikan di Pekan, Pahang.  Berusia dalam lingkungan 2 tahun, arwah memang menghadapi masalah semenjak dari lahir lagi.  Beliau dipakaikan tiub kerana tidak mampu untuk menyusu sendiri & hanya terbaring sahaja.  Sering kali jugak keluar masuk hospital.  Semoga Azma sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Boling



11 April 2010, tournament boling antara pasukan Pejabat PM & Seranta Felda.  Biasanya we'll main boling kat Alamanda tapi kali ni main kat Metro Point Kajang plak.  Formatnya 1 group ader 4 orang (3 lelaki sorang pompuan), main 3 game.  Aku satu group dgn Pak Andak, Abg Din & Kudus.  Seblom ni tak pernah partner dengan diorang.  Game pertama aku main macam hampeh.  Dapat 56 points & siap masuk longkang lagi.  Buat malu kaum jer...  Game ke-2 & ke-3 ader peningkatan, markahpun boleh tahan.  Group kami dapat no 19 dr 30 kumpulan.  Ok ler tu.  Lagipun group ni takde star,  main peringkat average jer. Hadiahnya goblet & jug jenis Luminarc.  Jadi ler.  Kalau korang datang rumah boleh ler buat menghidang air.  He he, he...  Selain dari tu untuk lucky draw aku dapat hamper.  Alhamdulillah.  Tak sia-sia pergi main walaupun rasa mengantuk....
me...

bakal model waffle & ribena

my group

hadiah no 19

goblet & jug Luminarc

hamper dr lucky draw no 2

11 April 2010

4 Pagi

Ingatkan aku sorang jer tak tido lagi masa ni.  Rupa-rupanya ada lagi satu spesies seperti diriku ini.  Kat tingkat 4 blok seberang tu rumahnya masih lagi cerah.  Bila ku sekodeng, ada orang dok tengah menyapu lagi you.  Rajinnya, anak saper ler tu....  Ops, bukan anak tapi mak saper le tu.....

3 Pagi

Sedar tak sedar jam sudah melewati pukul 3 pagi.  Namun mataku masih lagi blom terasa mengantuk.  Masih lagi bersemangat untuk melayari internet.  Dunia tanpa sempadan.  Secara spontan teringat lagu Allahyarham P. Ramlee. 


Pukul Tiga Pagi


Pukul tiga pagi tidurlah intan

Besok bangun lagi senda gurauan

Bangun pagi-pagi hai renung ke awan

Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan

Kanda pergi kerja jauh di kota

Dinda jaga rumah jangan main mata

Nanti petang kanda pulang

Kita sembang panjang-panjang

Dinda jangan bimbang... bujang

Bukan mata keranjang... sembahyang

Jam sudah pukul 3 pagi

Apa lagi dinda tidurlah intan

Esok dinda boleh bangun lagi

Sesudah itu kita boleh bersenda gurauan

Kalau bangun mesti pagi-pagi tau

Jangan lupa renung ke awan

Ha ha ha ha itu mesti selepas gosok gigi

Selepas minum kopi satu cawan

Kanda pergi kerja

Jauh di kota

Dinda jaga rumah

Jangan main mata

Nanti petang kanda pulang

Kita sembang panjang-panjang

Dinda jangan bimbang... bujang

Bukan mata keranjang... sembahyang

10 April 2010

Apa Ler

Tengah-tengah syok melayari internet, tiba-tiba jer tup, screen laptop bertukar menjadi gelap.  Naper yer, aper sudah jadi, adakah laptop ni rosak?  Rosak aper kebendanya, bateri dah kong, plug plak tak pasang.  Tapi tadi aku dah on kan plug laptop tu.  Aper masalahnya ni?  Ghupa-ghupanya aku pergi on charger telefon.  Ha, ha, ha, aper kebendanya.  Itu ler buat kerja bukan nak fokus.  Tangan pakai tekan jer, bukannya nak tengok dulu.....

Hari Untuk Bermalasan

Hari Sabtu yang sunyi.  Tinggal aku sorang diri di rumah.  Satu benda pun rasa malas nak dibuat.  Rasa nak tidur jer.  Wake up girl.  Awak tu anak dara, jangan nak malas-malas, nanti takde orang nak masuk meminang plak kalau tau perangai malas awak ni.  Ha, ha, ha.  Awak tu memang dah terlebih umurpun.... Dengan malasnya terpaksa ler bangun jugak.  Perutpun dah berkeroncong.  Masak simple-simple jer.  Ikan keli goreng, udang goreng berbawang & otak lembu gulai.  Otak lembu ni my mum bawak dari kg hujung bulan lepas.  Hari ni baru berkesempatan nak masak.  Kiranya ni brunch tau.  Breakfast + lunch.  Jemput makan semua....

Air, Air...

Balik dari opis, sampai jer kat lobi, tiba-tiba aku terbaca notis:

Bekalan air akan terganggu pada 10/4/2010, dari 8 pagi - 6 petang, di tingkat 1 - 8, Blok D, Parcel 18R12 ekoran kerja-kerja penyedutan tangki

Apa maksudnya tu?  Maksudnya, esok takde air ler.  Aper ler, itupun tarak faham ke??? He, he, he...  Malam ni kena buat misi menyimpan air untuk stok esok punyer.  Kalau tak maunya ada anak dara tak mandi....  Malam aper?  Ini dah hampir pukul 2 pagi daa......  Mau taknya, pukul 9 pm aku dah bantai tidur setelah bergolek-golek di atas katil sambil membaca novel karya Ramlee Awang Murshid.  Lagipun sisa-sisa kesakitan akibat migrain masih ader terasa.  Dalam 12.30 pagi baru tersedar balik.  Dengan segera mengisi baju kotor ke dalam mesin basuh.  Sampai 2 trip tu.  Sambil menunggu cucian boleh ler berblog.....

Perasaan

Aku tak suka perasaan ni.  Tiba-tiba jer aku rasa takut untuk berada di opis, rasa macam ader something wrong somewhere jer.  Walaupun masih banyak kerja yang perlu dibuat, pukul 8 pm aku ambik keputusan untuk balik.  Terus balik ke rumah tanpa singgah di Pasar Tani yang di depan opisku tu dulu.  Takde maknernya nak buat kerja kalau bulu roma dah meremang-remang.  Saat nak switch off lampu menjadi saat yang paling mendebarkan.  Tutup lampu bilik boss, bilik fail, pantry, bilik kosong & ruang utama.  Maner hilangnya keberanian ku untuk stay back sorang-sorang kat opis?  Kalau tak aku ler juara, sampai boss pun salute!  Opis ni ibarat rumah keduaku.  2, 3 hari lepas masa aku dok tengah fotostat kat bilik fail pun aku rasa ader someone kat ruang utama, bunyi macam orang minum air.  Sah-sah aku sorang yang ader kat opis masa tu!  Tapi masa tu aku takde ler rasa takut, tak macam malam ni.  Kalau aku cerita kat member di Aras 12 tu maunya diorang pun takut sama...


Jawapan kepada entry seblom ni.  Tak lama bertahannya.  Dalam 1/2 jam jer.  Pukul 8.10 malam aku dah balik coz rasa takut punyer pasal.....

09 April 2010

Rembang Senja

Di rembang senja ni aku masih lagi di opis.  Dalam menaip surat sempat lagi menjengah blog.  Apa nak di kata, untuk melepas stress.  Kat luar dah mula kelihatan kelam malam.  Dengam aircond yang sejuk giler (budak-budak maitnenance ni sabotaj ler kot, coz semalam report kata panas), mata pun dah rasa penat.  Pukul berapa agaknya aku boleh bertahan dok kat opis ni???

sejuk giler, sampai terpaksa berjaket...

Blog List Ben Ashaari


Saya mau sangat-sangat ada dalam blog list Ben Ashari.  Sebab yang utama ialah nak meningkatkan lagi traffik saya.  maklum ler saya cuma ada seciput followers jer.  Semoga lepas ni akan bertambah ramai ler orang usha blog saya........

Migrain

Semalam dilanda migrain lagi.  Puncanya panas.  Kat opis tu tah aper kenanya langsung tak rasa aircond.  Petang baru maintenance datang baiki.  Sementara tu kepala rasa berdenyut-denyut jer.  sampai terpaksa baring kejap kat sofa.  Nasib baik ler boss takde.  Kalau ikutkan hati, nak pergi inject kat klinik jer.  Then, bila balik rumah terus jer tidur.  Bangun telan acti fast then tidur balik.  Semalam tak sempat nak berladang di FV.  Apa ler nak jadi dengan tanamanku itu...

08 April 2010

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI



Saya baru je mendapat tau mengenai blog Ben Ashaari ni setelah saya sekodeng blog yang saya follow.  Harapnya Ben dapat menjenguk blog saya yang serba kekurangan ni.  Saya juga masih lagi mencari-cari konsep untuk blog saya.  Template pun rasanya nak tukar lagi.  Berbalik kepada topik, saya mahu blog saya dijelajah oleh Ben Ashaari kerana:

1.  ingin mendapat tunjuk ajar dari beliau mengenai blog, maklum ler saya ni ibarat budak baru belajar, baru nak mengenal dunia blog
2.  ingin berkenalan dengan blogger-blogger lain
3. ingin meningkatkan traffic dll lagi....

07 April 2010

Hari-hari yang sibuk...

Minggu ni sibuk giler.  Tensionnya.  Banyak betul kerja yang hendak dibuat.  Sekejap orang tu telefon tanya surat, sekejab orang ni telefon tanya appointment.  Ingat aku ni robot ke aper.  Argh.............

06 April 2010

Shopping Time....

Bershopping di Alamanda, Putrajaya.  Cadangnya nak beli jaket & bedak sahaja tapi terbeli macam-macam plak.  Sabar ajer ler.  Dekat Alamanda ni nak beli jaket tak banyak choice.  Habis kedai masuk.  Last-last beli kat Kedai Cheetah.  Harga asal RM109.00.  After less dapat ler RM88.00.  Jauh lagi murah jaket lama.  Tak sampai RM50.00 masa warehouse sale kat Sogo.  Design ok, pakaipun selesa.  Banyak kenangan dengan jaket lama tu.  Masa accident dulu jaket lama ler menyelamatkan tangan dari luka.  Seluar kat lutut tu koyak, lutut plak habis luka tapi tangan ok jer kena cover dengan jaket.  Aper daya zip dah rosak, terpaksa beli baru.  Kat rumah ader 2, 3 lagi jaket tapi ader yang nipis sesuai untuk pakai jalan-jalan jer.  Naik motor nanti sejuk ler, nanti sakit dada plak. 

My new jacket, black color with button & zip

Habis bab jaket, kita cakap bab bedak plak.  Kononnya nak beli bedak jer kat Bodyshop tu.  Tapi sekarang kan tengah sale.  Beli  2 barang, barang ke-3 tu dapat half price.  Rugi tu.  Lagipun barang-barang tu semuanya dipakai.  So, beli jer ler, simpan buat stok.

Bodyshop items, cadangnya nak beli 1 tapi terbeli sampai 6 items plak

Restoren Saba, Cyberjaya

Hari Sabtu lepas kami beramai-ramai pergi ke Cyberjaya.  Makan-makan di Restoren Saba.  Restoren ni menyajikan hidangan dari Timur Tengah.  Nama restoren ni diambil sempena nama tempat di Yaman.  Harganya juga agak berpatutan.  Dari RM10 ke RM25.  Lebih kurang dengan harga kat Nandos, KFC, McD dll.  Standard ler tu.  Makanannya juga agak sedap.  Yang tak tahannya makan kat sini, susah nak dapat meja, panas coz aircond tak berfungsi, kipas tak mencukupi & banyak lalat.  Lain kali baik take away jer.  Majoriti pelanggannya Mat-Mat Arab.  Makan-makan kat sini atas tajaan Muhaimin coz dia baru dapat gaji.  3 bulan tunggakan tu....   Terima kasih buat Muhaimin coz susah-susah jer belanja.  Lain kali belanja ler lagi...

Menu

I punyer menu Kabsa Roasted Chicken

I punyer, jus epal...

Menu sampingan, kebab kambing

Sofi punyer, dalam aluminium foil tu ayam..

Yang ni tak ingat nama aper tapi diperbuat dari kacang dal

Air koktel, tak sedap coz rasa pisang jer lebih

Air botol Bavaria (epal)

Air botol Barbican (rasberi)

Makan, jangan malu-malu...



Dilla, Mat Nik & penaja:  Muhaimin

Muhaimin & Sofi