
Dengan waktu rehat yang panjang tetapi malas nak kuar, akak dengan tak teragak-agak menghabiskan masa di Jualan Puspanita. Bila jalan sesorang tu, dengan tak teragak-agak membeli ler ikut kemahuan hati. Perbelanjaan berhemah entah ke mana. Jom tengok apa yang akak beli.
Pisau seramik, harga RM30.00. Kalau perasan, rancangan Junior Mastechef Australia tu guna pisau ni tau.
Pemarut, harga RM10.00. Actually akak dah ada benda ni tapi dipinjamkan kepada sepupu. Siap suruh sepupu ambik kat dia je pemarut tu. Alasannya akak tak berkenan dengan warna pemarut tu. Lagipun selepas beli akak ada nampak pemarut tu dijual color merah. Tapi sayangnya kali ni akak beli color putih sebab color merah dah takder. Lagipun yang putih ni ada 2 alatan lebih berbanding dengan pemarut color lain. Hargapun sama jer.
Strawberry Cheese Chocolate Cake, harga RM6.00. Kek ni kecik jer tapi akak beli jugak sebab ikutkan selera tekak. Akak try sample dia rasa sedap.
Puding roti, harga RM 1.50 satu. Akak pernah beli puding ni seblom ni. Rasanya memang sedap. Nasib baik tinggal 2 jer, kalau tak memang akak nak beli lebih lagi.
Jadi keseluruhan akak berbelanja di Jualan Puspanita hari ni RM52.00. Rasanya tak ler mahal sangat kan?














5 comments:
tau la gaji semalam, ke akak tak usik lagi duit gaji,heeee~
Sepatutnya che sue beli 1 lagi Cheese Chocolate Cake dan 1 puding roti bg pd mommy untuk cukupkan rm 60..eh,itupun ada baki 50 sen g tu...hu hu hu
salute sbb boleh berbelanjer berhemah.. eB? hu3
saya nak tanya di mana nak dapatkan pisau seramik tu
Hamizan: Saya beli masa ada jualan Puspanita di Kementerian Kewangan.
Catat Ulasan